Want your
own Fotopage?






 
Ajam's FotoPage

By: mohd zamri

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]
Sunday, 31-Aug-2008 13:20 Email | Share | | Bookmark
Setelah Seminggu Menghilang (24hb-31hb Ogos)

1st time buat keje edit mengedit & upload macam ni...belasah jer...


Selang dua minggu aku ke Terengganu lagi. Walaupun jauh, kos tinggi dan jalan pun berliku-liku tapi dah terpaksa dan dah lali dengan laluan jalan ke Terengganu, baik jalan pantai mahupun jalan "dalam" yang dikira short cut. Dah biasa jugak merentas antara jalan pantai(Kuantan-Terengganu) menuju jalan dalam(Jerangau-Jabor) atau pun sebaliknya.



Misi utama aku ke Terengganu pada kali ini adalah untuk ke hospital ni. Ni gambar dari belakang hospital.
Hospital Besar Kuala Terengganu ni telah ditukar nama baru kepada Hospital Tengku Nur Zahirah.



Aku terpaksa bermalam disekitar kawasan hospital ni disebabkan bilik2 sewa untuk pelawat telah penuh sepanjang 3 hari aku ada kat situ. Nak sewa hotel RM135 sehari x 3 hari..huhhhh...tido dalam keta la jawabnya. Dengan dihurung nyamuk memang la tak lena dibuatnya. Bila dah tengah malam baru aku nampak bukan aku sorang yang macam ni, ramai lagi yang merempat macam aku rupenya.



Memandangkan time malam bukannya waktu melawat, aku pun mengambil kesempatang merayau ke sekitar bandar Kuala Terengganu dan sempat shoot Masjid Kristal ni pada waktu malam.
Memang lampu cahayanya berwarna-warni dan bertukar2 warna selang beberapa saat.



Antara waris2 pesakit yang juga menjadi penghuni sementara hospital ni.



Pantai Batu Buruk betul2 berada dibelakang hospital ni. Tempat lepak time pepetang.



Inilah hasilnya kenapa aku "menginap" 3 hari 2 malam kat hospital ni.
Alhamdulillah. Aku dikurniakan seorang lagi puteri dan telah diberi nama Nur Adiba Marissa.
Gambar ni dishoot masa umurnya sehari.


Nama2 dipilih bagi menyamakan huruf N,A dan M.
Anak pertama: Nur Aliyah Maisarah
Anak kedua: Nur Aisyah Mawaddah
Anak ketiga: Nur Adibah Marissa


Terima kasih Kroll sebab aku bagi aku hadiah ni tapi aku nak simpan je tak nak bagi siapa2...

Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada sumua pelawat Muslimin dan Muslimat.


Thursday, 14-Aug-2008 10:05 Email | Share | | Bookmark
(Part 2) Perjalanan balik dari Terengganu ke KL pada 11hb Ogos

Gambar-gambar ni adalah mengikut turutan perjalanang balik


Kali ni baru dapat angle yang baik untuk gambar Masjid Kristal ni. Shoot dari Kampung Ketam di Pulau Duyung. Lokasinya adalah berhampiran pondok tol lama.



Tasik ditaman sekitar Kuala Ibai.



Kalu gi Ghanu tak sah kalu tak beli kopok lekor. Biasanya aku singgah kat tempat ni kat ngan muara Sungai Marang berhadapang Petronas.



Lokasi sungai ni dah nak dekat ngan Rantau Abang. Banyak pokok-pokok bakau disini.



Tak jauh selepas Rantau Abang pantai ni merupakan tempat yang sesuai untuk berehat dan menenangkan fikirang selepas 2 jam lebih memandu dari Setiu.



Desiran ombak memukul pantai dari angin Laut China Selatan.



Dari celah bebatuan.



Shoot dari bawah pepohon kelapa tua dan angin yang bertiup...Carik nahas ni...



Dalam perjalanang balik ke KL mesti aku singgah kat tempat yang ada pantai.
Perjalanan aku biasanya makan masa 10 ke 12 jam.







Tuesday, 12-Aug-2008 09:39 Email | Share | | Bookmark
(Part 1) Ke Terengganu Singgah Sebentar Di Felda Teresang, Raub.

Dimalam Majlis Berinai 9hb Ogos 2008

Pengantin: Nurullizam Bin Abu Kasim dan Normalaakmar Binti Bakhtiar
Fotografer yang menyelit: Ajam


Aku diminta menepung tawar pengantin. Tak pernah-pernah aku buat, belasah jer...









Pengantin lelaki ni adalah anak buah aku. Pengantin perempuan pulak berasal dari Felda Teresang, Raub.
Malam tu kebetulan nak ke Terengganu, jadi aku lencongkan plan perjalanan dari nak guna LPT kepada guna jalan Gua Musang. Perjalanan dari Felda Sungai Koyan ke Kuala Lipis pada pukul 12 tengah malam diwaktu hujan lebat pada malam tu adalah pengalaman yang mengerikan. Padan muka aku sebab tuan rumah dah pelawa bermalam dirumahnya tapi aku tolak.

Sememangnya aku bukan wedding photographer. Ni nyelit2 dari official photographer pengantin perempuan yang menggunakan Canon SLR (filem). Kira otai la jugak la dia.
Gambar ni diupload untuk kemudahan sedara-mara nak tengok kat internet.
Lain-lain gambar termasuk gambar keluarga akan dicopy keCD nanti.
Kalau nak copy gambar ni, tekan mouse kanan & klik "save picture as"



Monday, 4-Aug-2008 18:39 Email | Share | | Bookmark
PHOTO OUTING YANG TELAH AKU ORGANIZE - FRIM KEPONG 2hb OGOS

Link gambar-gambar yang lebih cantik dan menarik ada di http://pencala.fotopages.com

Saya mintak maaf kalau ada apa2 kekurangan, ada yang tak dapat sarapan ker, tak dapat minuman ker. Mungkin terlepas pandang sebab ramai sangat tak dapat nak pantau setiap orang.
Sorry ler kalau outing ni membuat anda keletihan dan sakit kaki. Semuanya tak disegajakan.
Saya dah cuba organize(dibantu oleh Krull) sebaik yang boleh. Harap2 puas hati dapat shoot gambar2 yang menarik.

InsyaAllah, outing akan datang akan dibuat plan dengan lebih baik.


Satu batalion tentera sedang bersiap sedia masuk ke hutan dengan senjata masing2 tapi telah dipintas oleh power ranger (tengok kat FP Ecah). Saya dan Krull terpaksa berpatah balik untuk mendapatkan bantuan dari markas dan akhirnya power ranger itu mengalah dan tewas dengan mudah. Akhirnya kami dapat mengusai wilayah yang didudukinya.


Misi pertama telah selesai. Berehat sebentar sebelum misi ke dua untuk serangan udara.


Peluru berpandu dari bumi ke udara sedang dilancarkan.


Sasaran utama telah dikesan. Keunikan alam semula jadi ciptaanNya.


Ini antara tawanan perang. Tak terdaya nak melarikan diri walaupun diasak bertubi-tubi dengan pelbagai jenis senjata. Saya dapat menembak dengan jarak yang paling dekat iaitu dalam 1 ke 2 inci jer.
Memacro dengan mengunakan teknik reverse lens 50mm f/ 1.8
Gambar ni tak di crop! Cuma dapat kepala mengkarung jer.


Merah sangat la pulak...


Sheila Rusli pun ada...


Wednesday, 2-Jul-2008 15:46 Email | Share | | Bookmark
TEST - Jangan Peduli!

Apa kena mengena helikopter kawalan jauh dengan fotografi?


Ni jawapannya:
Helikopter kawalan jauh membawa kamera DSLR untuk pengambaran dari udara.

Test youtube KERETA KEBAL TERBANG


Dah takde bahan sendiri nak upload, test ceduk dari luar pulak....

Plan outing ngan team Pencala http://pencala.fotopages.com
kat FRIM Kepong pada 2 Ogos 2008


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net