Apa itu GPS? Apa pulak kena-mengena GPS dengan fotografi?
GPS adalah satu alat yang boleh mengukur kedudukan lokasi dengan berpandukan beberapa satelit.
Setiap lokasi di muka bumi ini mempunyai angka kordinatnya sendiri.
Contohnya: N 03 09.614' E 101 37.451' (lokasi tempat kadang2 saya melepak sampai tengah malam)
Dengan bantuan alat GPS pada PDA ini, perjalanan menjadi mudah, cepat dan tak tersesat.
Ia bukan sahaja memberi tunjuk arah jalan malahan mampu memberi arahan
bersuara.
Beberapa model kamera yang terkini mempunyai alat penerima GPS yang
terbina di dalam.
Data di dalam setiap gambar mempunyai maklumat angka kordinat
yang memberitahu lokasi di mana sesebuah gambar itu diambil.