|
|
| Thursday, 22-Nov-2007 10:24 |
Email | Share | | Bookmark |
|
CARA-CARA MENCUCI SENSOR KAMERA DSLR
|
|
Perasankah anda ada tompok-tompok hitam apabila mengambil gambar awan atau langit?
Macamana nak tahu sensor kita telah diselaputi habuk atau kulat?
Bolehkah kita mencuci sendiri? Jawapannya: BOLEH!
Ini adalah contoh imej dari kamera Nikon D70 saya sebelum dicuci sensor. Aperture f/22
Perhatikan tompok2 hitam & habuk2 halus di hujung anak panah, ianya sangat halus hingga tak
nampak di permukaan sensor kamera pada mata kasar.
Untuk menguji sensor, anda perlu membuat beberapa setting kamera & lens:-
1.Setkan semua imej kualiti kepada normal, seperti contras, sharp & color.
2.Gunakan mode A (Aperture) setkan aperture kepada f/16 & keatas.
Semakin tinggi nilai aperture semakin jelas kelihatan. Kalau pakai f/5.6 biasanya tak nampak.
Kalau f/5.6 pun dah nampak maknanya dah teruk sangatlah tu.
3.Setkan lens pada wide angle, offkan auto fokus & jarak fokus letak je "infiniti".
Halakan kamera ke langit yang cerah & shoot. Tak perlu tengok kat PC, tengok kat LCD pun dah boleh nampak.
Tekan Enter untuk membesarkan gambar & zoom maksimum. Perhatikankan pada setiap sudut keseluruhan imej.
Jika tiada atau tak jelas gunakan f/22 atau semaksimum yang boleh.
Kalau takde jugak maknanya sensor anda bersih.
Jika nampak tompok2 hitam seperti gambar di atas, sediakan bahan2 berikut.
Disarankan guna peralatan yang sebenar seperti kertas tisu, kayu, blower yang kuat dan
pembersih sensor khas untuk kamera DSLR. Tapi kalau dah takde dan payah nak carik pakai yang ni pun boleh:-
1) Kayu aiskrim (dipotong rata pada salah satu hujung)
2) Pencuci lens untuk membuang habuk yang memekat atau kulat
3) Blower, lagi besar lagi bagus
4) Kertas tisu, pilih yang tak berhabuk (contohnya tisu 30 sen dalam bungkusan)
Awas! Jangan gunakan tisu lembut yang dalam kotak besar tu. Makin berhabuk la jadinya.
Gambar kurang memuaskan kerana guna kamera handphone jer
1) Pada kamera setkan kepada Mirror Lock Up untuk membuka mirror dan shutter.
2) Titiskan sedikit liquid ke permukaan sensor (untuk kotoran degil atau fungus sahaja)
3) Sapukan ke permukaan sensor secara pusingan dengan lemah lembut
Gunakan tisu yang lain untuk mengering dan membersihkan kotoran.
4) Gunakan blower untuk membuang sisa2 habuk yang masih melekat pada sensor.
Offkan suis dan pasangkan lens. Cuba try test tengok.
Jika masih terdapat habuk, ambil tisu yang lain dan lapkan cara sehala dengan perlahan2.
Gunakan blower dengan kuat kerana habuk yang halus suka melekat kat sensor dan jangan sampai
muncung blower terkena permukaan sensor. Ulangi sehingga bersih & puas hati.
Ini ada imej dari kamera saya selepas diservis mengikut arahan di atas. Aperture f/22.
Cuma ada sedikit habuk halus kat atas belah kiri sebab blower kecik & kurang power.
Kalau aperture f/16 ke bawah memang tak nampak tompok hitam tu.
Selamat mencuba
AMARAN: JIKA TERDAPAT APA-APA KEROSAKAN PADA KAMERA ADALAH DILUAR TANGGUNGJAWAB.
SEGALA ARAHAN TELAH DIBERI DENGAN BETUL DAN TELAH DIUJI KEBERKESANANNYA.
Kalau ada siapa2 yang sensor DSLRnya kotor tapi takut nak cuci sendiri boleh ler join outing kat bagan lalang nanti. Tengok http://pencala.fotopages.com .Kita servis kat sana..5-10minit leh siap. FOC jer..
AKAN DATANG!
Info dan panduan mengenai bateri cas semula (Rechargeable Battery)
Lengkap dengan gambar-gambar supaya mudah difahami
Khusus untuk penguna-penguna kamera DSLR
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 18-Nov-2007 10:58 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Riwayat Hidup Kacang Panjang
|
 |
|
Anak pokok kacang panjang
|
|
 |
|
Bunga kacang panjang
|
|
|
Bermula dari biji benih. Tanam belakang rumah.
Anak pokok di tapak semaian. (kalau main campak2 pun boleh hidup)
Kena rajin siram, tak perlu baja tapi guna tanah hitam. (tanah bakar sampah)
Mula berbunga dan berputik.
Membuahkan hasil, tanam kat kat ngan pagar je. Tak payah cucuk2 ngan kayu.
Ikut suka bila2 boleh petik, kalau nak buat ulam pilih yang muda2 & rasa rangup.
Masuk perut. Sayur segar. Tanpa racun serangga. Menjimatkan belanja.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 14-Nov-2007 09:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sungai Penchala-FMDC Potluck Raya 7/11/07
|
|
Bang Meor, sorry aaa..copy gambar ke sini..
|
|
|
|
|
|
| Monday, 22-Oct-2007 10:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
World MotoGP 2007 (21/10/07)
|
|
Pemandangan di Litar F1 Sepang. Lokasi C2-HillStand. On the way balik sempat singgah.
Kali ni baru dapat masuk area selekoh, sebelum ni cuma kat grandstand jer
Sekali tengok macam 2 bijik motor tu tengah terbaring kat tepi litar...
Casey Stoner yang menunggang Ducati mengusai litar Sepang dari mula hingga akhir perlumbaan
Top speednya mencecah 305 kmj! pada lap ke-8..Huhh..
Inilah dia Valentino Rossi. Circuit Best Lap di litar sepang pada MotoGP 2006
Gambar tak memuaskan sebab cuma lens type G & shoot dari jarak jauh
|
|
|
|
|
|
| Monday, 22-Oct-2007 09:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Gambar2 semasa raya dan balik kampung
|
|
Sebahagian dari family, tak complete sebab ada yang balik kampung masing2...
Cuba print yang ini pulak, saiz lebih besar
Langsir nipis warna putih yang jadi backdrop tu yang buat tak berapa cantik
Yang ni time malam raya sebab nak balik kampung malam tu jugak
Bermaaf-maafan dipagi raya, yang tua didulukan
Termenung nak balik kampung ker. Pasal balik raya takde gaduh2 nyer.
Azizan/Siti, kalau nak gambar saiz besar dan lain2 gambar, bagi email..
Candid pak mertua di kampung (Felda Chalok Barat, Setiu). Beliau kira orang kuat kat situ
Gambar bersama family Zul seminggu lepas raya
Malam raya di Sungai Penchala
Alang2 balik kampung di Setiu, raya sampai ke Tok Bali & Bachok, Kelantan
Birthday seminggu raya (20/10/07)
To my familys: Gambar2 kat sini dah dikecikkan saiz supaya senang nak upload. Try copy dan print sendiri, kalau tak cantik nanti aku printkan dari fail original. Kalau setakat nak tengok kat pc jer ok.
To my friends: Gambar2 ni diupload untuk kemudahan family nak tengok kat mana2.
Cuba tengok2kan atau komenkan apa2 yang silap cara aku tangkap gambar ni.
Fotopages kitorang di http://pencala.fotopages.com
Lain2 gambar akan diupload kemudian
|
|
|
|
|
|
| Monday, 8-Oct-2007 10:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Test lens 180mm 2.8 (lens pinjam jer)
|
 |
|
adik ngan kakak
|
|
|
Nur Aisyah Mawaddah
Nur Aliyah Maisarah
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 4-Oct-2007 09:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Test lens 18-55mm
|
|
Suasana premis perniagaan yang tenang dan mendamaikan.
Lens 18-70mm kene hantar kat Nikon, lepas raya baru siap.
Terpaksa beli kit lens 18-55mm, kalau tak kang raya takde wide angle lens.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 7-Sep-2007 10:04 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Petronas Sprinta FIM Asian GP 2007 Sepang (3/9/07)
|
|
Racing Lagiii...
Antara peminat lumba motor yang datang. Dialah yang beria-ia sangat nak pegi.
Sebelum perlumbaan bermula. Time ni ler ramai orang sibuk nak amik gambar.
Tapi fokusnya kat mana?
Permulaan 600cc
Sebenarnya nak cari lokasi selekoh supaya dapat shoot motor tengah kona baring , tapi untuk perlumbaan ni hanya di grandstand sahaja boleh masuk. Terpaksa shoot dari jauh
Motor kanan sharp & motor kiri blur, ntah mana satu lebih laju agaknye yer?
Dah "terpaksa" duduk kat grandstand apa lagi..memaning jer ler jawabnyer.
Dah menang main pancut2 air. Jaga2 kang termasuk mulut ..air haram tu...
Acara untuk gadis litar, berlari sambil membawa payung...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 27-Aug-2007 12:07 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Merdeka Millennium Eudurance 2007 (25/8/2007)
|
 |
|
MME 07 at Sepang F1 Circuit
|
|
|
Landskap di pintu masuk utama Litar F1 Sepang. Dah time duk Sepang takkan tak pegi...
Macam2 jenis keta yang bertanding. Zoom pada 300mm tanpa tripod.
Antara 4 photog bersahabat yang datang menembak. Kalau time perlumbaan Formula One tiket di grandstand
ni boleh mencecah sehingga RM1,755.00 untuk seorang, tapi sempena menyambut kemerdekaan
yang ke 50 ni harga tiket untuk perlumbaan ni cuma 50 sen sahaja!. Kenapa..tak percaya..
Banyak kali try cuma yang ni paling menjadi sebab kereta tu sememangnya laju sehingga shutter speed kena letak 1/100s. Mungkin ni teknik panning saya yang paling menarik. Bunyi kereta Porsche inilah yang paling memecah keheningan pagi di litar sepang.
Mekanik sedang menukar tayar & mengisi petrol. Perlumbaan selama 12 jam tanpa henti.
Entah berapa kali tukar tayar & isi minyak pun tak tahu ler....
Dah ajak balik pulak sebab dah tak tahan bunyi ekzos yang amat membingitkan.
Tapi dia nak tengok lumba motor pulak. Kena ler datang lagi untuk perlumbaan Petronas Sprinta Cup Prix pulak
|
|
|
|
|
|
| Monday, 20-Aug-2007 10:13 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Aksi anak2 buah
|
|
Lens punya auto focus masih rosak, sekarang terpaksa pakai manual fokus.
Terjuling2 mata dibuatnya.
Kepada mak bapak budak2 ni jangan risau. Diorang lompat bukannya tinggi sangat pun.
Cuma teknik mengambil gambar ni je yang buat nampak macam tinggi...
Ape kene lak ni. Nak lompat jugak kut...
|
|
|
|