Want your
own Fotopage?









 
Ajam's FotoPage

By: mohd zamri

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Monday, 2-Jun-2008 09:31 Email | Share | | Bookmark
Pertunjukan Udara Sempena Sambutan Jubli Emas TUDM 1 Jun 2008

Hari terbuka TUDM Subang ini adalah satu peluang yang baik untuk menyaksikan pertunjukan udara dan pameran statik tentera udara. Nak pergi ke LIMA Langkawi jauh dan kos tinggi. Walaupun diadakan di pangkalan tentera udara, pengunjung yang datang bebas keluar masuk ikut suka. Nak ambil gambar pun ikut suka gambar apa yang kita nak ambil. Kalau hari-hari biasa jangan harap ler, silap-silap kena tangkap!


Sebelum pergi memang dah plan nak amik gambar berlatarbelakangkan pesawat pejuang Sukhoi SU 30MKM ni. Jet pejuang yang paling canggih dan termoden untuk TUDM.



Sebelum nak jadi besi buruk, orang ramai mengambil kesempatan menaiki helikopter Sikorsky SK61 (Nuri). Naik jer tak terbang pun. Kalau diberi peluang nak terbang pun tak berani...



Pesawat pejuang moden seperti MIG-29N dan Sukhoi SU 30MKM yang paling menarik perhatian pengunjung tetapi kedua-dua pesawat ni dilarang untuk menghampiri atau menyentuhnya. Mungkin takut ada pengunjung yang gatal tangan. Aset terpenting untuk melindungi perairan negara.



Acara payung terjung oleh anggota PASKAU dari pesawat apa pun tak tahu, tetiba muncul dari udara.
Gambar ni bukan "di rotate", tapi memang senget macam ni. Entah saja main-main atau bergoyang ditiup angin pun tak tahu la pulak...Risau jugak tengok penerjun tu terhuyung-hayang.



Pilatus PC7 sedang terbang menegak ke langit. Kuat betul dia punya "thrust power".



Bila tengok helikopter Nuri, macam-macam terbayang difikiran...ishhh..berfikir negetif pulak aku ni.



Dua bua pesawat MIG-29N Fulcrum sedang membuat silang maut!. Sekali je diorang buat macam ni, kebetulan kamera tengah standby mencari sasaran.



Bahagian bawah pesawat Sukhoi SU 30MKM yang sedang membuat aksi aerobatik. Pilot jet ni bawak macam merempit jer, asyik berpusing-pusing dan ambil "corner" pun tak jauh. Pusing-pusing kat ruang udara Subang jer. Kalau jet lain nak amik corner pun terlajak sampai ke Sungai Penchala. "Maneuver" yang baik senang menciluk-ciluk. Pesawat ni adalah yang terbaik didunia dalam kelasnya.


Ni pulak Super Honet F-18 yang paling dekat, focal lenght 155mm jer dan tak crop!
Tapi memang la gambar tak cantik..lens murahhh.(300mm type G)


KEBAABOMMM... Ledakan bom yang lancarkan dari jet Super Hornet F-18 membuatkan rasa jantung macam nak gugur.
Letupan disusuli dengan bebola api seolah-olah berada di alam peperangan sebenar



Antara pengunjung yang datang tanpa mengira kaum. Memang ramai yang bawak kamera DSLR.



Gambar macam ni boleh dikira potret jugak ker.



Peluru berpandu yang digunakan untuk pesawat tempur. Terdapat kamera dipasang di bahagian depannya. Untuk mencari sasaran atau untuk merakam detik-detik sebelum nak meletup?



Enjin turbin untuk jet. Abang2 tentera kat boot2 sini peramah belaka, boleh tanya apa sajer.. TIADA RAHSIA



Robot TUDM yang menarik perhatian pengunjung.



Hangar yang digunakan untuk ruang pameran. Cuaca hari tu agak panas terik. Dah habis round semua boot cepat-cepat keluar carik air…& balikkk…

KEBABOOOOOOM!!! nak pergi gak aritu tapi naper kensel pun tak tauler..

**wei ijam kak adek masuk spitaltak visit pun eik
Mon 16-Jun-2008 14:28
Posted by:zainzubir zzainon@seacen.org  - [Link]
fp update sudah Sat 21-Jun-2008 12:07
Posted by:++ FarEast ++  - [Link]
Pergghh! Meriah sungguh pertunjukan udara tu ye ajam.
:: Tarikh TT yg dipilih tu sesuai bebenor
Mon 23-Jun-2008 14:09
Posted by:meorjay meorjay65@yahoo.com  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Monday, 28-Apr-2008 12:26 Email | Share | | Bookmark
Jalan-jalan Melaka 5hb April (Sambungan)


Kali pertama menaiki Melaka River Cruise adalah pengalaman menarik kerana dapat menyusur dari hulu ke hilir Sungai Melaka. Bayaran hanya RM5.00 untuk dewasa dan RM3.00 untuk kanak-kanak.


Semasa menyusur sungai, kita boleh lihat pemandangan beberapa buah kampung dan deretan rumah-rumah kedai yang telah dihias cantik.


Halaman rumah ini hampir dilimpahi air Sungai Melaka. Adakah ini disebabkan faktor ekosistem akibat pembangunan sekitar atau kesan pemanasan suhu global?


Terdapat "Eye On Melaka" dan lain-lain permainan di tebing sungai.


Melepak di tepi sungai sambil melihat pemandangan indah di sini memang pengalaman menarik. Apatah lagi dengan tiupan angin dari Laut Selat Melaka yang sepoi-sepoi bahasa.


Deretan rumah-rumah kedai pada waktu malam yang dihiasi lampu-lampu neon.


Kalau nak carik cenderahati kat Jonkerwalk ni banyak. Peniaga kat sini baik-baik dan bukannya macam peniaga kat Petaling Street.


Subjek utama gambar ni sebenarnya adalah air pancut dan bukannya orang yang tengah berdiri tu.

Semua gambar-gambar malam nampak agak "gelap" sebab terlupa nak tukar setting ISO ( memang set minimum jer). Ini menunjukkan sejak hobi baru ni dah lama tak pegang kamera.

Respond
Syakir: Sekali-sekala elok gak bawak family berjalan ke sana.
Krull: Patut ler senyap jer, dapat projek rupenya. Bila lagi?
Meorjay: Ha'a, rasa dah lama betul yer. Entah bila lagi la nak jumpa ngan Pencala group yer.
Zilzal: Memang agak murah tu, kira berbaloi jugaklah perjalanan selama 45 minit tu...
Cak: Kalau pegi Melaka nama tempat naik bot tu ialah Taman Rempah
Ezmi: Ooo..pegi Funfly kat Melaka jugak yer.Tak upload pic ker?. Kuantan tak ikut, baru blaja lagi terbangkan heli ni.
Vee: Nasib baik tak kata macam machoman wrestler..huhu
Pnaz: Yer...org Melaka memang baik2...hehehe...
Faiz: Nak TT takde hal, cakap ngan otai kiter tu..



woi ajam bila nak hapdet fp ni???? kak adik dah hapdet dah..jom kita rock climbing??alahai dekat batu cave jer..kan jauh sgt... Thu 22-May-2008 01:12
Posted by:zainzubir  - [Link]
fp updated - "Pre-Wedding" Wed 28-May-2008 10:25
Posted by:++ FarEast ++  - [Link]
boleh naik cruise percuma!!!! Thu 1-Oct-2009 09:53
Posted by:rayrayray
View all 17 comments Add comment


Tuesday, 8-Apr-2008 01:40 Email | Share | | Bookmark
Melaka Fun Fly 2008


Cuti pada hujung minggu yang lepas (6hb April 2008) saya telah mengambil kesempatan mengunjungi Malaka Fun Fly 2008.
Fun Fly ialah pesta untuk hobi model kawalan jauh yang boleh terbang seperti helikopter, kapal terbang dan jet.
Selain dari memperkenalkan kepada orang ramai, tujuannya juga adalah untuk mengeratkan persahabatan antara peminat hobi ini termasuk peserta dari luar negara.
Acara yang telah dijalankan pada hari tersebut adalah workshop(seminar), pertandingan, pertunjukkan aerobatik serta pameran dan jualan.



Antara pengunjung yang hadir dan Malaysia Rc adalah peneraju utama acara ini. www.malaysia-rc.com



UMRANRC turut mengambil bahagian. Laman RC dalam bahasa melayu yang paling popular.
www.umranrc.com



Antara fotografer di barisan hadapan. Aku shoot dari belakang jer, takut lens meriam tu..
Pilot tengah buat aksi aerobatik.



Mengawal model kawal jauh memerlukan tumpuan 100% kerana sedikit kesilapan boleh terhempas dan memerlukan belanja besar untuk dibaiki.



Model helikopter yang berharga ribuan ringgit. Paling murah yang baik berharga 2-3 ribu ringgit.
Perhatikan botol air mineral kat bawah helikopter yang berwarna biru tu. Besar betul saiz helikopter tu, entah berapa la harganya.



Model jet pejuang F16 yang berharga lebih kurang RM30,000.00(diulang,tiga puluh ribu ringgit malaysia) paling mendapat perhatian pengunjung. Menggunakan enjin turbin jet dan minyak yang sama seperti kapal terbang sebenar.
Gambar ni semasa sebelum terbang, saya tak dapat shoot masa tengah terbang kerana terlampau laju sehingga boleh mececah 200kmj.
Jet ni telah mengalami kerosakan kerana semasa landing kerana tayar hadapannya terlanggar batu. Akibatnya bahagian hadapan tersungkur ke bumi dan tanah dah termasuk ke dalam enjinnya.



Untuk mendapatkan shoot yang menarik seperti ini, saya telah terkena debu pasir serta bahang dari tujahan enjin turbinnya walaupun berada kira-kira 5-6 meter di belakang.
Perhatikan seorang petugas bersedia dengan alat pemadam api ketika sedang memanaskan enjin, menunjukkan model jet ni boleh meletup dan terbakar. Yang memakai topi koboi tu ialah kepten pilot dari Penerbangan Malaysia, beliau yang "mengontrol" jet yang berwarna hijau.


Jualan lelong sparepart terpakai yang mendapat sambutan menggalakan dari pengunjung. Saya dapat beli mounting gear berbearing untuk propeller siap dengan motor saiz 280. Teringin nak cuba buat DIY foam plane RC..



Sesi fotografi kesemua peserta(pilot) termasuk dari Singapura, Indonesia, Thailad dan Jepun.
Kebanyakan mereka adalah dari golongan profesional.

Video Klip masa Fun Fly hari tu: http://s258.photobucket.com/albums/hh250/zul_cessna/?action=view&current=padangtemu.flv
Diupload oleh Zul_Cessna dan dipetik dari UMRANRC.COM


p/s: Sehari sebelum ke tapak pesta tersebut (Sabtu) saya serta anak isteri mengambil kesempatan menaiki Melaka River Cruise(ala-ala sungai di Vience, Italy), malamnya pula ke "Eye On Melaka"(ala-ala Eye On Malaysia) dan Jonker Walk(ala-ala Petaling Street).
Gambarnya akan diupload lepas ni.

Respond:
Vee: Main heli yang gitu-gitu jer, nak yang memahal tak larat woo.
Korok: Ada plane seberat 8 kilo tu kalau meluru atas kepala memang boleh maut bro...
Pnaz: Apa yang pergh? Pasal harga yer. Memang boleh gadai tanah nak beli jet tu.
Meorjay: Saya tukang tengok dan tukang amik gambar jer. Nak macam diorang tak boleh tahan bro..maintenance tinggi. Kalau beli kamera boleh pakai bertahun, tapi yang ni asik kene keluar duit jer.
Sokro: Belum boleh bro.. Diorang tu dah expert, plane diorang dah banyak makan duit sebab biasa makan tanah bila crash dan makan tahun jugak nak sampai tahap pro.
Unnammed: Biasa time fun fly ni model yang canggih2 jer diorang pilih untuk test power.
Syakir: Huh..peminat RC jugak rupanya. Orang kata main keta RC ni lagi banyak kuar duit. Hobi RC ni memang ramai yang "give up" sebab tak tahan maintenance tinggi.
Hanty: Kalau time2 camtu takde sambutan kut sebab orang takut heli tu crash..
Wann: Memang betul tu. Harga petrol (nitro) dia jer dah RM50.00 untuk 2 liter.


tak ada fun ride naik heli ke macam di NS dulu?? Tue 15-Apr-2008 05:16
Posted by:zainzubir  - [Link]
wah besor2 gak ek kapal tobang ni...bro x join ke? Mon 21-Apr-2008 02:35
Posted by:sokro  - [Link]
bestlaaa dpt gi tgk rc plane....teringin jugak nak beli satu tapi tak mampu..kos tinggi dah sama mcm maintenance keter plak... Thu 24-Apr-2008 03:42
Posted by:wannsscfs  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Friday, 21-Mar-2008 07:19 Email | Share | | Bookmark
BEREHAT SEKETIKA

Atas sebab-sebab teknikal, Fotopages ni tidak diupdate untuk seketika waktu.
Terima Kasih

"Ajam Fotopages, Bukan Sekadar Foto"

maaflah..pnaz agak sibuk sikit 2 3 mggu nie.. kutu dah..apa kata uat cite kisah lipas macam kat ntv7 setiap pagi sabtu tue...he..he... Sun 30-Mar-2008 18:59
Posted by:peanut pnaz_knk@yahoo.com.my  - [Link]
Mon 31-Mar-2008 12:31
Posted by:korok  - [Link]
lamanya berehat bro... Sat 5-Apr-2008 08:46
Posted by:akuriangria  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Thursday, 21-Feb-2008 12:30 Email | Share | | Bookmark
Hobi Baru Yang Extreme

Teringin pulak saya nak tukar hobi baru yang lebih mencabar
Silap gaya terpaksa menjual kamera kerana hobi ini agak mahal
Kalau terpaksa jual, jawabnya bye-bye fotografi dan jugak fotopages
Fotografi untuk saya hanyalah hobi dan bukannya karier saya
Apakah hobi baru saya itu? Dan adakah saya akan menjual kamera?
Jawapannya akan diketahui pada entry minggu hadapan...

Updated 25/02

Hobi yang saya maksudkan itu ialah model helikopter kawalan jauh. Buat suspen jer.. Harganya bukan ler mahal sangat pun, jenis yang baik dalam RM2,000-RM3,000 hengget je. Memandangkan masih lagi baru nak cuba2, saya dinasihatkan oleh otai2 dalam bidang ni supaya mulakan yang murah2 dulu dan pilih yang senang hendak dikawal seperti jenis 4 channel. Jadi...batalkan dulu niat nak jual kamera tu.



LAMA V3 (4 Channel) adalah pilihan saya kerana ia adalah model helikopter paling popular dikalangan beginner. Sebabnya kerana ia murah, lebih stabil, senang dapat sparepart dan boleh diupgrade atau modify. Walaupun tak sehebat model yang jenis 6 Channel yang mampu membuat aksi aerobatik, pergerakkan model ini agak sempurna dan hampir menyamai helikopter sebenar seperti pergerakkan ke hadapan/ke balakang, berpusing ke kiri/kanan dan bergerak ke kiri/kanan.

Spesifikasi:
4 Channel transmitter
Diameter rotor utama 340mm
4 in 1 mixer
Saiz motor 180mm x2
Battery 7.4v 800mAh Li-Polymer
..............


Alat kawalan 4 channel.
Walaupun mempunyai 4 channel, agak susah jugak nak mengendalikan model helikopter ini
kerana beberapa perkara perlu dikawal seperti throttle, rudder, aileron, elevator dan collective.
Buat masa ini baru jer belajar "menghover". Itu pun bebarapa set kipas dah patah akibat jatuh terhempas..

Respond dari komen
Krull: Takkan ler nak bawak kat Makbul...Ishhhh
Ecah: Bela kutu??...Idea yang bernas tu...
MeorJay: Nanti bila outing akan datang saya akan bawak buat pertunjukkan udara
Akishah: Ok, nanti saya try shoot dari depan lak ngan tengah terbang
YaR-t: Silap tu, sebenarnya kamera & acc lagi mahal dari helikopter RC


sudah tidak bersarang lg fp saya - "Sebelum & Selepas" Thu 13-Mar-2008 12:58
Posted by:++ FarEast ++  - [Link]
sudah tidak bersarang lg fp saya - "Sebelum & Selepas" Thu 13-Mar-2008 12:58
Posted by:++ FarEast ++  - [Link]
haha saya pun teringin nak beli lama v3 ni!


http://syakirzainol.fotopages.com
http://tintacreativekl.fotopages.com
Tue 25-Mar-2008 02:39
Posted by:syakir zainol syakir.zainol@gmail.com  - [Link]
View all 20 comments Add comment


Friday, 8-Feb-2008 10:20 Email | Share | | Bookmark
Extreme Macro atau Macro Yang Melampau

Setelah memiliki lens 50mm 1.8, saya telah membuat beberapa percubaan macro dangan teknik reversed lens dan juga menggunakan lens tersebut bersama dengan lens 70-300mm.
Agak menarik juga jadinya sehinggakan berjaya shoot serangga sekecil 1mm ke 2mm atau senang cerita hampir sekecil sebutir gula.
Serangga apakah itu dan bagaimana rupa sebenar serangga itu jika dilihat dari dekat?


Kutu Kepala. Guna 2 lens.


Rambut. Guna 2 lens jugak. Tak berapa clear sangat sebab susah nak dapat fokus.
Macam ni je cara orang nak memacro tapi tak mampu beli lens macro...

Kutu kepala atau nama saintifiknya "Pediculus Humanus" adalah parasit jenis serangga yang tidak berkepak. Makanan utamanya adalah dengan menghisap darah dikepala terutama pada kanak-kanak perempuan. Jika anak-anak anda kerap mengaru-garu kepala atau mengadu gatal-gagal di kepala kemungkinan kutu telah bersarang di kepalanya.
Dari mana dia datang?
Kemungkinan besar datangnya dari jangkitan dari orang lain kerana dia boleh melompat atau merayap
dari satu kepala kesatu kepala terutama jika anda menghantar anak-anak anda ke pusat jagaan kanak-kanak.Cuba periksa dan jika ada kutu tersebut, ada ubatnya atau mintalah nasihat doktor.

Sekian entry macro dan kesihatan untuk kali ini.

"Ajam Fotopages, Bukan Sekadar Foto"





re : umah tu dah lama siap renovate Thu 21-Feb-2008 04:48
Posted by:tutcute melompati@yahoo.com  - [Link]
Ini dah sampai tahap mikroskop nih!!!! ....... Fri 22-Feb-2008 02:43
Posted by:wannsscfs  - [Link]
al- fatihah Mon 17-Mar-2008 05:07
Posted by:pencala  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Monday, 21-Jan-2008 13:34 Email | Share | | Bookmark
Habitat Kehidupan Di dalam Akuariumku

Tengah lepak2 kat rumah teringat pulak nak shoot apa yang ada dalam akuarium.
Pengalaman dan info lebih baik dikongsi bersama.

- Akuarium buatan sendiri daripada bahan2 terbuang, ok tak design dan rupanya?
- Ikan kelah, spesis raja ikan sungai yang kian pupus. Kenapa?
- Kenapa orang pelihara ikan bandaraya yang hodoh tu? Bagaimanakah rupanya?
- Memacro anak udang di dalam akuarium tanpa underwater casing?


Sebenarnya bukan akuarium buatan sendiri tapi kaki serta atapnya jer yang dibuat sendiri
dari pada kayu2 yang dah tak pakai dan divarnis semula supaya cantik dan tahan lama.
Lengkap dengan pam dan lampu florescent. Skrg tengah plan nak rekacipta tempat bagi makanan ikan yang akan bagi makan secara automatik mengikut masa yang ditetapkan dengan menggunakan system timer dan motor/elektromagnet. "Alang2 bertukang..biar sampai siap dan sempurna"


Ikan hampir tidak kelihatan disebabkan slow shutter, kalau pakai flash dah kantoi gambar ni.
Memelihara ikan didalam rumah adalah hobi yang paling digemari ramai.
Kadang2 bila tengok ikan makan atau anak2 ikan berkejaran didalam akuarium ianya boleh membuatkan hati berasa tenang.


IKAN KELAH HIJAU atau nama saintifiknya "Tor tambroides". Kalau susah nak baca atau nak ingat, sebut jer Tom Rider. Ada dua jenis, merah dan hijau. Yang merah mahal sket.
Ikan ini dilindungi oleh Perhilitan kerana spesisnya kian berkurangan permintaan yang tinggi, isinya sangat sedap dan habitatnya hanya hulu2 sungai yang bersih tanpa sebarang pencemaran. Takkan boleh jumpa ikan jenis ni di sungai sekitar Selangor apatah lagi di Sungai Klang. Banyak terdapat di hulu2 sungai sekitar Perak dan Kuala Koh, Gua Musang dan juga Tasik Kenyir.


IKAN BANDARAYA sedang cuci cermin. Ikan yang patut menjadi contoh kepada dewan bandaraya dan PBT yang lain kerana rajin membersihkan kotoran dan sampah sarap tanpa mengira waktu..
Sangat sesuai dipelihara oleh pemelihara2 ikan yang malas nak cuci akuarium. (contohnya macam aku, sebab itu aku bela ) Banyak terdapat kat Sungai Klang.


IKAN PUYU: Sebagai pengawal kerana akan memakan serangga2 yang merbahaya dan mempunyai duri yang tajam. Sisik yang tebal dan tahan lasak. Matanya sering memantau keadaan sekeliling. Banyak terdapat di parit2 terutama kat sawah padi.


Memacro anak udang dalam akuarium, tak berapa jelas sebab udang ni takde warna
(lutsinar). Juga menjadi pemangsa ikan puyu jika ikan puyu tu nak bertukar2 selera.
Oksigen yang yang dijana oleh pam dan kualiti air mampu memberi kehidupan yang selesa.
Gambar ni guna lens 50mm f/1.8 yang "di reverse".

FAKTA
Gambar tidaklah begitu sharp disebabkan halangan kaca akuarium dan air.
Pembalikkan cahaya flash juga menjadi masaalah utama untuk mengambil gambar didalam akuarium.

Ajam Fotopage - Bukan Sekadar Foto

hm bagus lllllllaaaaaaaaaaaaaa Sun 12-Jul-2009 13:20
Posted by:daniellleiea
Siapa tahu nama saintifik ikan CUCI CERMIN ATAU IKAN MAJLIS DAERAH Thu 16-Jul-2009 02:58
Posted by:AMRAN BIN HASSAN amhass_41@yahoo.com
a.kum saya ada membuat makanan ikan & ayam harga amat berpatutan serta halal berminat sila hubungi kak siti 017-9161458. Tue 13-Oct-2009 17:45
Posted by:kak siti perdana8@yahoo.com
View all 11 comments Add comment


Thursday, 3-Jan-2008 15:30 Email | Share | | Bookmark
Koleksi candid pengunjung Pantai Bagan Lalang

Rasanya tak terlambat nak ucap SELAMAT TAHUN BARU kepada lain2 Pencala group dan pelawat yang dihargai.
Sejak tinggal kat Sg.Pelek, Bagan Lalang adalah tempat lepak utama. Teringin pulak nak upload ragam pengunjung2 pantai. Inilah kelebihan memiliki lens panjang.
Mengambil gambar candid memang menyeronokkan sebab apa yang kita shoot adalah gambar peristiwa sebenar tanpa disedari orang yang kita mengambil gambarnya.
Gambar2 di bawah telah dirakamkan di Pantai Bagan Lalang baru2 ini. Kata2 dibawah adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena-mengena dengan yang hidup atau yang mati.


Memang senang nak dapat peluang shoot gambar ni. Cuma tak dapat lagi shoot org tengah tebar jala.


Pemancing: "Apa kenalah budak ni, terkinja2 macam tak penah pegi pantai. Ni ngko, kenelah jap lagi batu pancing kat kepala ngko."


Anak: "Mak..jom main bola"
Mak: "Ngko ni pun..agak2lah sikit, ni kat pantai..ramai orang tengok, malulah mak.."


Bukan main tekun lagi dia buat keta pasir.


Baju belang: "Wahhh...semangatnyer anak akak yer.."


Nak bodek budak tu beli aiskrim lah tu. Bengang tul tengok macha tu, selalu tengok datang dekat2 ngan budak2. Mak bapak pun terpaksa kene beli.


Shoot dari depan tak berani, kang tak pasal2 kena belasah.


"Budak-budak ni macam tak percaya tengok aku main layang..."


Amik gambar sendiri ker bang?


Baju biru: "Gambar korang berdua dah kene tangkap curilah"

Tengok apa tu?

Jauh menung....

1...2...3....

"Di tepi pantai yang indahhh, ku duduk seorang diriii"...bla..bla..blaa


Mak: "Anak-anakkk...jom balikkk...dah maghrib.."

Adakah aku ni dikira sebagai menganggu privacy orang?


kiter berehat jap dr klas2 bro ajam ... bersantai plak kat tepi laut ... owh! mengganggu?? x ader la bro ajam ... peng'skodeng' lg sesuai ... hehe gurau2 bro ajam

yezza! fp sudah x bersarang lg ... moh la singgah ek
Wed 16-Jan-2008 17:57
Posted by:++ FarEast ++  - [Link]
pantai, pantai... tetiba terasa nak pegi pantai...


http://syakirzainol.fotopages.com
Fri 18-Jan-2008 05:22
Posted by:syakir zainol syakir.zainol@gmail.com  - [Link]
fp saya dh update nie Sun 20-Jan-2008 14:55
Posted by:++ FarEast ++  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Monday, 17-Dec-2007 02:58 Email | Share | | Bookmark
Asas Bateri Cas Semula (Khusus untuk pengguna kamera digital)

Contoh bateri cas semula berkapasiti 1600 mAh

Ini adalah contoh 2 jenama bateri cas semula berserta alat pengecasnya sendiri.

Terdapat 3 jenis bateri cas semula yang biasa kita gunakan.

1) Nickel Cadmiun (Ni-CAD)
Voltan 1.2v. Saiz AA. Bateri cas semula yang terawal sekali, kira kuno jugak la. Biasanya berkapasiti dalam 600 ke 900 mAh sahaja. Mempunyai memori yang kita mesti discharge sebelum nak cas kerana kalau tak ia boleh rosak dan silap gaya boleh meletup. Mengandungi mercury (toksid) yang membahayakan alam sekitar.

2) Nickel-Metal Hydride (Ni-MH)
Voltan 1.2v. Saiz AA. Bateri jenis ni yang paling banyak digunakan sekarang. Berkapasiti 1000 ke 2700 mAh. Kurang kesan memory berbanding Ni-Cad. Sebaik-baiknya discharge untuk mengekalkan jangka hayat. Mesra alam. Bateri jenis nilah yang paling banyak dan paling sesuai digunakan untuk flash kita.

3) Lithium Ion (Li-Ion)
Voltan 3.7v. Tiada saiz tertentu. Bateri yang terkini dan banyak digunakan pada kamera digital sekarang kerana satu sel sahaja mengadungi 3.7v. Ini bermakna satu sel Li-Ion berkuasa sama dengan 3 sel bateri Ni-Cad atau Ni-mAh yang bervoltan 1.2v. Langsung tiada memori, oleh itu boleh cas ikut bila masa kita suka tanpa didischarge. Mesra alam. Bateri yang ringan, berkuasa tapi mahal skit.

Mengapa bateri cas semula lebih baik untuk kamera atau flash?

1) Cukup membekal kuasa kepada flash supaya boleh fire berulang kali dgn cepat.
Contohnya jika bateri alkali kene tunggu 5-6 saat sebelum shoot.
Jika batery cas semula yang berkapasiti tinggi cuma tunggu 2-3 saat je.

2) Satu set bateri alkali cuma mampu memfire dalam 150 ke 200 kali sahaja.
Bateri cas semula yang berkapasiti tinggi mampu memfire sebanyak 350 ke 400 kali.

3) Kos yang lebih menjimatkan untuk jangka masa panjang.
Contohnya, katakan seorang photog menggunakan 1 set(4 biji bateri alkali) dlm seminggu,
Dalam seminggu tu dia telah menghabiskan sebanyak RM10.50 (4 biji bateri Energizer)
Dalam sebulan telah menghabiskan RM42.00 (16 biji bateri)
Dalam setahun telah manghabiskan RM504.00 (192 biji bateri)
Sedangkan harga pengecas & bateri yang power harga baru seratusr lebih boleh pakai sehingga 4-5 tahun(normal charger). Yang kureng power boleh dapat RM70-RM80 je siap pengecas.
Kos tarif elektrik pulak sekali cas tak sampai 5sen pun.

4) Anda menambahkan jumlah sampah-sarap & tidak mengamalkan kitar semula...


Di atas menunjukkan gambar kiri adalah bateri tiruan dan gambar kanan adalah yang ori
Perhatikan tanda "HR" pada bawah atau negatif bateri yang menunjukkan ianya adalah yang ori.

Formula
Formula untuk mengira tempoh maksima waktu cas bateri adalah 1.2 x mAh / mA = jumlah jam
1.2 = angka tetap bagi voltan kebanyakkan bateri cas semula
mAh = miliAmpereHour bateri, contohnya bateri saya 1600 mAh
mA = miliAmpere alat pengecas, contohnya pengecas GP saya 130 mA untuk bateri saiz AA (perhatikan gambar di bawah, nilai ampere untuk saiz AA adalah 130mA. Voltan untuk mengecas setiap sel sebanyak 2.8v)


Contoh pengiraan 1.2volt kali 1600 mAh bahagi 130 mA = 14.76 jam
Ini bermakna saya kene cas bateri pada pukul 10 malam tidur dulu, pukul 12 tengahari besoknya baru penuh cas...hehehe..

Kenapa makan masa yang lama?
Sebabnya pengecas standard(slow) saya hanya 130 mA. Bagi yang menggunakan pengecas quick atau rapid, nilai mAnya adalah lebih tinggi, katakan pengecas quick guna 800 mA. Untuk mengira: 1.2voltx1600/800=2.4jam

Fakta
Lebih tinggi nilai mAh pada bateri, lagi makan masa nak cas penuh
Lebih tinggi nilai mA pada pengecas, lagi cepat masa cas penuh
&
Lebih tinggi nilai mAh pada bateri, lebih mahal harganya
Lebih tinggi nilai mAh pada bateri, lagi banyak boleh fire
Lebih cepat cas(quick charger), lebih pendek umur bateri tu...
Kalau sayang beteri, gunakan standard (slow) charger yang berintelligent(smart charger)

Updated 3 Jan 2008
Panduan untuk pengguna baru
Pilihlah bateri mengikut kesesuaian masing-masing tak kiralah apa-apa brand pun.
Belilah bateri yang dah siap dengan pengecasnya sendiri untuk keselamatan dan jangka hayatnya.
Untuk flash hendaklah sekurang-kurangnya berkapasiti 1500mAh dan sebaik-baiknya 2000mAh keatas.
Penting! Jika bateri baru dibeli, untuk cas kali pertama hendaklah dicas sehingga penuh.
Jangan tak sabar2 baru cas setengah jam dah gatal2 tangan nak test power, hancuslah jawabnye.
Adalah biasa dalam proses cas bateri akan terasa panas atau pun suam-suam kuku.
Jika panasnya hampir menyamai kepanasan seterika atau periuk nasik, hentikan cas dengan segera.
Sentiasalah cas dengan penuh dan gunakan hingga betul2 habis kuasa sebelum mengecas semula.

Selamat menjadi pengguna baru.
Save the money...Save the earth...but it not save the time..

Sekian artikel mengenai bateri cas semula.

p/s: Sumber adalah hasil dari R&D sendiri dan dari web artikel luar.

KISAH BENAR - Pengalamanku
Gara-gara tertidur semasa mengunakan pengecas biasa (not intelligent) yang berAmpere tinggi
supaya cepat cas nak main kereta QD tapi dah terlebih tempoh.
Apakah yang telah terjadi??????????
KEBAABOOOMMMM!!!!!!!

Jawapan
Hairi:Bateri cas memang boleh kehilangan kuasa dengan sendiri sebanyak 1-3% dalam sehari walaupun tidak digunakan. Jadi, caslah dengan penuh sehari atau setengah hari sebelum nak digunakan.
Memang betul bateri biasa pulak elok buat backup atau standby jer.
Meor:Smart photographer patut guna rechargeable battery with smart charger.
Vee:Bagus la kalau nak beralih ke rechargeable battery. Tapi ada panduan untuk yang baru nak guna. Nanti update, terlupa la pulak.

Thanks for the gOOd inFo bro ..........

"SeLaMAT TaHun 2008, SemOga ApA yG di HaJaTi teRLaksaNa la heNdaKnya di tahun baru ini & semOga HidUP kiTa LeBih DiBerKati oLehNYA....Amiinn"
Thu 3-Jan-2008 09:05
Posted by:yaR-t  - [Link]
Salam tahun baru. TQ bro atas info yang berguna pada semua pengguna. Semoga lebih sakses dari tahun lalu. Sun 6-Jan-2008 15:16
Posted by:fauzibaie  - [Link]
Malaysia anjinggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg.babiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.monyet.................................................................................................................................................................... Tue 6-Oct-2009 04:38
Posted by:annita annita_girl@yahoomail.com
View all 16 comments Add comment


Wednesday, 5-Dec-2007 08:50 Email | Share | | Bookmark
Bagan Lalang Outing 2nd Dec 2007


Tak banyak yang dapat shoot sebab hari tu keletihan ke sana ke mari...
Sibuk nak organize outing tu, malam on the way balik terus pening pala..


Atas nasihat Art Director, gambar ni telah direpair skit skin tone dan background yang asalnya
telah diupload di Penchala FP. Kira ok la skit kan dari yang asal...Editing pakai Ms Office jer
Walaupun aku penembak membuta tuli , mengambil berat tentang ni adalah satu advantage.
Siapa yang baca FP Hanty jer yang tahu siapa yang dimaksudkan Art Director kita tu

ENTRY AKAN DATANG!
Info dan panduan mengenai bateri cas semula (Rechargeable Battery)
Lengkap dengan gambar-gambar supaya mudah difahami
Khusus untuk penguna-penguna kamera DSLR

TAJUK
Beza antara bateri Nickel Cadmium(NiCad), Nickel-Metal Hydride(NiMH) dan Lithium Ion(Li-ion)
Bateri yang manakah di atas yang digunakan untuk kamera DSLR dan flash kita?
Kenapa kita perlu tahu? Sedangkan selama ni main bedal ok jer.....
Kenapa bateri cas semula lebih baik digunakan untuk flash berbanding bateri biasa?
Katakan anda ada bateri cas semula serta alat pengecas biasa, tapi tak tahu berapa
lama nak cas. Apakah formula untuk mengira tempoh jangka waktu untuk mengecas bateri?

Jawapannya...minggu hadapan.

Ajam Fotopages, "Bukan Sekadar Foto".




yooo hooo...kak adik dah hapdet dah bagan lalang...ntah apa2 yg kak adik amik..blasah jer... Wed 12-Dec-2007 06:29
Posted by:zainzubir's BlasTography  - [Link]
Akhirnya ter-hapdet juga entri bagan lalang di sini.
Memang abg suka .. ianya dari sudut lensa ajam sendiri. Menarik !
Ye ajam, bukan sekadar foto, malah penuh informasi .. tak gitu?
Wed 12-Dec-2007 10:20
Posted by:m:e:o:r:j:a:y meorjay65@yahoo.com  - [Link]
owh! dh update art director?? hehe Fri 14-Dec-2007 22:16
Posted by:++ FarEast Canon Shooter ++  - [Link]
View all 4 comments Add comment


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.