|
|
| Monday, 6-Oct-2008 10:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
1st Time Raya Di Kampung Orang
|
|
Kalau tahun lepas gambar2 yang diupload menunjukkan kemeriahan Hari
Raya di sini tapi kali ni untuk tatapang keluarga dan sedara mara di Terengganu pulok.
Rumah di kampung. Felda Chalok Barat, Setiu, Terengganu.
Walaupung bunga api dibenarkan tapi masih perlu awasi kerana ia masih merbahaya bagi kanak2.. .
Sebahagian dari ahli keluarga pada pagi raya.
Melihatkan ketupat ni teringat ketupat yang dianyam abah kat KL..
Keluarga Kak Long. Anak2 dah sama tinggi macam mak..
Kak Da ngan anaknya Akila.
Tok Ayah sedang menghulurkan duit raya kepada budak2 yang datang.
Time Hari Raya ni budak2lah yang paling seronok sebab dapat duit raya tapi anak2
kita perlu dinasihatkan jangan sampai meminta2...
Testing..testing...
Mengedit macam ni mencantikkan ker atau merosakkan gambar ni..
Kepada adik beradik yang lain sorry sebab tak sempat nak amik gambar.
Raya tahun depang kumpulkan lah semua adik beradik boleh amik gambar ramai2.
Sampai di KL jer terus terlentok 2 hari akibat kepenatan. Takde gambar2 raya yang di shoot pun.
PotLuck Raya Bersama Pencala Fotopages
Kami akan mengadakan Potluck Raya di perkarangan rumah Krull pada 17/10/08 (Jumaat).
Waktunya adalah dari jam 8.00 hingga 12.00 tengah malam.
Bagi memeriahkan lagi majlis ini, semua yang hadir dikehendaki memakai baju melayu/baju kurung.
Keterangan lanjut sila ke http://pencala.fotopages.com
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 25-Sep-2008 16:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Salam Aidil Fitri Kepada Semua Pelawat
|
|
Ni kad raya ntah apa design. Sememangnya tak pandai bab edit mengedit ni.
Gambar family takde sebab sepanjang bulan puasa anak2 & isteri kat kg kat Terengganu.
F.I.Y, saya akan bertolak ke Terengganu pada hari Sabtu (27hb 9) dan
balik semula ke KL pada Hari Raya ke dua (2hb 10)
Sempena hari yang mulia ni saya serta keluarga ingin memohon ampun dan maaf
andai kata ada kesalahan atau keterlanjuran kata tanpa disedari.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir & Batin
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 24-Sep-2008 10:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
EDISI KE DUA, TERJAHAN JALAN MASJID INDIA
|
|
Atas permintaan Abang Saari, saya tambah lagi gambar masa outing tu.
Memang rasa nak tambah pun, simpan buat penuh hard disk space buat apa..
Pasangan contoh.. melintas jalan berpimpingan tangan.
Bersopan santun betul pelancung asing, nak melintas jalan pun beratur.
Dua minggu lepas 2 orang telah pengsan semasa membeli-belah kat Jalan Masjid India.
Percubaan. Gambar ni dishoot secara senyap2 time tengah berjalan. (Berjalan dengan memegang kamera yang dihalakan kebelakang sambil jari standy untuk shoot) Macam ni pun boleh ker?
Cara shoot candid yang tak gentlemen langsung!
Che Wan pun membantu Krull menambah mengganggu lalulintas pejalan kaki Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Konon2 gambar tahun 60an - 70an lah ni. Tapi kantoi...time tu mana ada keta kancil...
Tak pandai edit-mengedit..main belasah jer ni..
Faiz buat aksi apa tu? Macam bersilat jer.
Dah lepas buka pose barulah memasing mampu tersenyum, sebelum tu muke monyok keletihan.
Abang Saari sempat nak menyelit kat belakang.
Korang ada mintak izin ke amik gambar derang ni. Aku time tu baru sampai takper..
Gaya seorang fotografer amatur. Alamak.. siapa plak kat tepi tu.
Gambar ehsan (tanpa izin) dari Krull
Opsss..nampak pusat Dyna pulak..
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 21-Sep-2008 11:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
TERJAHAN DI JALAN MASJID INDIA OLEH PENCALA FOTOPAGES
|
|
Untuk laporan dan link dari peserta yang lain,
sila klik ke:- http://pencala.fotopages.com
Lokasi ni di Stesen LRT Masjid Jamek. Sebelum bermula, ambil kesempatan menembak
Unik tudung dia.
Sifat yang mulia.
Penerjah merangkap model yang paling glamour kat Jalan Masjid India.
Siapa yang melebihi ketinggian akan terhantuk kepala.
Antara penyumbang kepada masalah kesesakan lalulintas.
Macam-macam cara orang berniaga untuk menarik perhatian pelanggan.
Deretan kedai yang menjual berbagai jenis tudung
Macam-macam jenis tudung ada kat sini, cuma tudung saji jer takde.
Orang ramai melintas sesuka hati tanpa mengikut arahan pegawai DBKL disitu.
Aku pun suka-suke jer shoot kat tengah Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Penantian satu penyiksaan.
Peminat Encik Shaari. Sampai mengeleter satu badan.
Kat situ orang sebuk nak cepat, kat situ jugak aku sebuk menyelit.
Sesi bergambar di Bangunan Sultan Abdul Samad sebelum berpisah.
Gambar ni ehsan dari http://krulmatric.fotopages.com
Aku puas hati program ni berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakannya.
| Quote: | Wow...Syabas Bro. Ajam...X sangka la wa, tengok cam sempoi malu2 aja tapi hasil terjahan makan x abis woo.Ade gambo ade cite..Aku teruja tengok aku gigil...mesti banyak gambar yg ko sorok ni....uploade semue...hehehe. Ape pun thnks Pencala & the geng... Mon 22-Sep-2008 05:44
Posted by:shaari shaari-my@kmct.jp |
Bang, Kat Pencala FP ada 1 lagi gambar dah upload.
Gambar streetphoto yang lain2 ada lagi..nanti senang2 nak upload lagi..
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 31-Aug-2008 13:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Setelah Seminggu Menghilang (24hb-31hb Ogos)
|
|
1st time buat keje edit mengedit & upload macam ni...belasah jer...
Selang dua minggu aku ke Terengganu lagi. Walaupun jauh, kos tinggi dan jalan pun berliku-liku tapi dah terpaksa dan dah lali dengan laluan jalan ke Terengganu, baik jalan pantai mahupun jalan "dalam" yang dikira short cut. Dah biasa jugak merentas antara jalan pantai(Kuantan-Terengganu) menuju jalan dalam(Jerangau-Jabor) atau pun sebaliknya.
Misi utama aku ke Terengganu pada kali ini adalah untuk ke hospital ni. Ni gambar dari belakang hospital.
Hospital Besar Kuala Terengganu ni telah ditukar nama baru kepada Hospital Tengku Nur Zahirah.
Aku terpaksa bermalam disekitar kawasan hospital ni disebabkan bilik2 sewa untuk pelawat telah penuh sepanjang 3 hari aku ada kat situ. Nak sewa hotel RM135 sehari x 3 hari..huhhhh...tido dalam keta la jawabnya. Dengan dihurung nyamuk memang la tak lena dibuatnya. Bila dah tengah malam baru aku nampak bukan aku sorang yang macam ni, ramai lagi yang merempat macam aku rupenya.
Memandangkan time malam bukannya waktu melawat, aku pun mengambil kesempatang merayau ke sekitar bandar Kuala Terengganu dan sempat shoot Masjid Kristal ni pada waktu malam.
Memang lampu cahayanya berwarna-warni dan bertukar2 warna selang beberapa saat.
Antara waris2 pesakit yang juga menjadi penghuni sementara hospital ni.
Pantai Batu Buruk betul2 berada dibelakang hospital ni. Tempat lepak time pepetang.
Inilah hasilnya kenapa aku "menginap" 3 hari 2 malam kat hospital ni.
Alhamdulillah. Aku dikurniakan seorang lagi puteri dan telah diberi nama Nur Adiba Marissa.
Gambar ni dishoot masa umurnya sehari.
Nama2 dipilih bagi menyamakan huruf N,A dan M.
Anak pertama: Nur Aliyah Maisarah
Anak kedua: Nur Aisyah Mawaddah
Anak ketiga: Nur Adibah Marissa
Terima kasih Kroll sebab aku bagi aku hadiah ni tapi aku nak simpan je tak nak bagi siapa2...
Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada sumua pelawat Muslimin dan Muslimat.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 14-Aug-2008 10:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
(Part 2) Perjalanan balik dari Terengganu ke KL pada 11hb Ogos
|
|
Gambar-gambar ni adalah mengikut turutan perjalanang balik
Kali ni baru dapat angle yang baik untuk gambar Masjid Kristal ni. Shoot dari Kampung Ketam di Pulau Duyung. Lokasinya adalah berhampiran pondok tol lama.
Tasik ditaman sekitar Kuala Ibai.
Kalu gi Ghanu tak sah kalu tak beli kopok lekor. Biasanya aku singgah kat tempat ni kat ngan muara Sungai Marang berhadapang Petronas.
Lokasi sungai ni dah nak dekat ngan Rantau Abang. Banyak pokok-pokok bakau disini.
Tak jauh selepas Rantau Abang pantai ni merupakan tempat yang sesuai untuk berehat dan menenangkan fikirang selepas 2 jam lebih memandu dari Setiu.
Desiran ombak memukul pantai dari angin Laut China Selatan.
Dari celah bebatuan.
Shoot dari bawah pepohon kelapa tua dan angin yang bertiup...Carik nahas ni...
Dalam perjalanang balik ke KL mesti aku singgah kat tempat yang ada pantai.
Perjalanan aku biasanya makan masa 10 ke 12 jam.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 12-Aug-2008 09:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
(Part 1) Ke Terengganu Singgah Sebentar Di Felda Teresang, Raub.
|
|
Dimalam Majlis Berinai 9hb Ogos 2008
Pengantin: Nurullizam Bin Abu Kasim dan Normalaakmar Binti Bakhtiar
Fotografer yang menyelit: Ajam
Aku diminta menepung tawar pengantin. Tak pernah-pernah aku buat, belasah jer...
Pengantin lelaki ni adalah anak buah aku. Pengantin perempuan pulak berasal dari Felda Teresang, Raub.
Malam tu kebetulan nak ke Terengganu, jadi aku lencongkan plan perjalanan dari nak guna LPT kepada guna jalan Gua Musang. Perjalanan dari Felda Sungai Koyan ke Kuala Lipis pada pukul 12 tengah malam diwaktu hujan lebat pada malam tu adalah pengalaman yang mengerikan. Padan muka aku sebab tuan rumah dah pelawa bermalam dirumahnya tapi aku tolak.
Sememangnya aku bukan wedding photographer. Ni nyelit2 dari official photographer pengantin perempuan yang menggunakan Canon SLR (filem). Kira otai la jugak la dia.
Gambar ni diupload untuk kemudahan sedara-mara nak tengok kat internet.
Lain-lain gambar termasuk gambar keluarga akan dicopy keCD nanti.
Kalau nak copy gambar ni, tekan mouse kanan & klik "save picture as"
|
|
|
|
|
|
| Monday, 4-Aug-2008 18:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
PHOTO OUTING YANG TELAH AKU ORGANIZE - FRIM KEPONG 2hb OGOS
|
|
Link gambar-gambar yang lebih cantik dan menarik ada di http://pencala.fotopages.com
Saya mintak maaf kalau ada apa2 kekurangan, ada yang tak dapat sarapan ker, tak dapat minuman ker. Mungkin terlepas pandang sebab ramai sangat tak dapat nak pantau setiap orang.
Sorry ler kalau outing ni membuat anda keletihan dan sakit kaki. Semuanya tak disegajakan.
Saya dah cuba organize(dibantu oleh Krull) sebaik yang boleh. Harap2 puas hati dapat shoot gambar2 yang menarik.
InsyaAllah, outing akan datang akan dibuat plan dengan lebih baik.
Satu batalion tentera sedang bersiap sedia masuk ke hutan dengan senjata masing2 tapi telah dipintas oleh power ranger (tengok kat FP Ecah). Saya dan Krull terpaksa berpatah balik untuk mendapatkan bantuan dari markas dan akhirnya power ranger itu mengalah dan tewas dengan mudah. Akhirnya kami dapat mengusai wilayah yang didudukinya.
Misi pertama telah selesai. Berehat sebentar sebelum misi ke dua untuk serangan udara.
Peluru berpandu dari bumi ke udara sedang dilancarkan.
Sasaran utama telah dikesan. Keunikan alam semula jadi ciptaanNya.
Ini antara tawanan perang. Tak terdaya nak melarikan diri walaupun diasak bertubi-tubi dengan pelbagai jenis senjata. Saya dapat menembak dengan jarak yang paling dekat iaitu dalam 1 ke 2 inci jer.
Memacro dengan mengunakan teknik reverse lens 50mm f/ 1.8
Gambar ni tak di crop! Cuma dapat kepala mengkarung jer.
Merah sangat la pulak...
Sheila Rusli pun ada...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 2-Jul-2008 15:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
TEST - Jangan Peduli!
|
|
Apa kena mengena helikopter kawalan jauh dengan fotografi?
Ni jawapannya:
Helikopter kawalan jauh membawa kamera DSLR untuk pengambaran dari udara.
Test youtube KERETA KEBAL TERBANG
Dah takde bahan sendiri nak upload, test ceduk dari luar pulak....
Plan outing ngan team Pencala http://pencala.fotopages.com
kat FRIM Kepong pada 2 Ogos 2008
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 24-Jun-2008 14:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Balik Ghanu Kiter
|
 |
|
Masjid Kristal
|
|
|
Gambar ni dah 2 minggu baru teringat nak upload sebab kat opis takde keje.
Dua minggu lepas saya memandu berseorangan ke Terengganu untuk mengambil anak dan isteri setelah tamat cuti sekolah selama 2 minggu. Bertolak waktu pagi pada hari biasa, jalan lengang, punyalah boring, takde kete, hentian R&R pun tak ramai orang.
Lokasi gambar ni kat sempadan Pahang nak masuk ke Terengganu. On the ke Setiu melalui jalan dalam (Jerangau- Jabor). Tengah drive pun sempat shoot....
Tol sebelum ni berakhir di Kuantan dengan bayaran RM19.60
Kini tol terakhir di Jabor dengan bayaran RM21.00
Semasa balik balik ke KL bersama anak dan isteri, kami singgah ke Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terangganu.
Bas yang rupanya agak unik ni cukup menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya.
Anak saya kata "bas rumah".
Masjid Kristal ini adalah tarikan utama ke tempat ni. Sudut yang sesuai untuk shoot dari jauh adalah dari Pulau Duyung, tapi dah terlajak tak sempat masuk ke Pulau Duyung terpakasa pergi terus ke Pulau Wan Man.
Masjid yang berkilauan ni baru siap, binaannya diperbuat daripada batu kristal.
Sampai di Paka, Dungun, perjalanan dah makan masa hampir 3 jam. Berehat dan lepak2 di Hentian Rehat Pantai Kemasik. Anak2 pun dah boring berjam2 tak sampai rumah.
Anak sulung, Nur Aliyah Maisarah(5 tahun), terlalu letih sampai bersandar kat tembok batu.
Anak kedua, Nur Aisyah Mawaddah(4 tahun), muka masih sembab baru bangun tidur dalam kereta.
Semasa di dalam kereta untuk meneruskan perjalanan balik, anak saya bertanya:
"Ayah...Kenapa Balik Kampung Lama-lama?
Patutnya Cuti Sekolah Kita Pegi Hotel Boleh Mandi Kat Swimming Pool..."
<--- aku
|
|
|
|