Want your
own Fotopage?








 
Ajam's FotoPage

By: mohd zamri

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 15-Dec-2009 11:26 Email | Share | | Bookmark
Cuti-cuti Malaysia 18 & 19 Disember 2009

Our Family Day
18/12/09 - Lost World of Tambun - Ipoh
19/12/09 - Kalumpang Resort - Hulu Selangor

Cuti sekolah maaa.. belasah sampai dua resort.


Di pintu masuk Lost World Of Tambun, hari tu memang penuh sesak dengan orang ramai yang mengambil kesempatan menghabiskan cuti hujung minggu.
Highway PLUS dan juga semua hentian R&R penuh sesak.



Air tangki dah penuhhh...Tanda anak panah merah, Zul & Hani.



Selepas check out di Tambun & bersiap nak bertolak ke Kalumpang Resort pulak.



Sini tempat mula2 kitorang sampai, kolam ikan keli. Perhatikan air terjun tu.



Lalaun utama menuju ke sungai.



Surau yang dikelilingi anak-anak sungai, cukup menenangkan.



Agak ramai juga pengunjung di sini. Siren amaran dibunyikan ketika hujan mulai
turun, dibimbangi air deras atau "kepala air" yang boleh mengancam keselamatan.



Teknik slow shutter mesti kena guna tripod untuk buat gambar macam ni.
Sebab tu la aku terpaksa mengusung tripod.
Kasi budak2 tengok gambar ni, diorang nak tengok "air menjadi lembut".



Chelet di sini didirikan berhampiran kolam dan juga tepi2 sungai. Udara cukup segar.



Sebelum bertolak balik ke KL.



Macam-macam ada....

Terima kasih daun keladi kepada even management, yang menaja chelet serta makanan yang secukupnya.

Next year trip? Gold Coast Australia. Ehh..silap... Gold Coast Sepang???

alang,nie je ke gmbr yg ade?? ade gmbr yg 1 1 x?? Thu 24-Dec-2009 11:45
Posted by:reesha
ok set kita pi holiday tiap2 bulan...pakngah sponsor....bab masak & kipas BBQ tak de hal punyelah...! Fri 25-Dec-2009 04:04
Posted by:amat
gold coast sepang?... ada pilihan lain x?..hehehe mcm x best je tempat tue.. sy pernah pergi masa karnival pantai..indah khabar dari rupa.. Tue 2-Feb-2010 08:51
Posted by:rydah
View all 6 comments Add comment


Thursday, 5-Nov-2009 12:12 Email | Share | | Bookmark
Wedding Lagiii....Aduhhh

Kali ni aku kena shoot weeding kat Felda Lepar Hilir 1, Pahang pulak.
Mulanya berat nak terima tapi anak buah yang kawin daa...nak tolak serba salah pulak.
Bukan sebarangan pengantin yang aku boleh terima nak shoot wedding ni.
Orang tengok macam senang, tapi sebenarnya berat bahu memikul (nasib tak pikul lighting system,backdrop,tripod dll...)


Nikah Sabtu malam 31hb Oktober 2009



Di malam majlis berinai.



Ada diantara shoot2 yang terakhir bateri flash kong, apa lagi terpaksa belasah direct flash.



Masak secara gotong-royong merupakan kelaziman masyarakat Felda.



Makcik ni barangkali ketua pasukan masak-memasak.



Wak Taib selaku tuan rumah(bapak pengantin perempuan) bersiap makan awal2.



1st time aku menyelinap masuk bilik pengantin tengah bersolek.



Ni adea yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas bagi kebanyakan wedding photographer.



Cuaca hari tu memang panas, agak menyukarkan lebih-lebih lagi photographer macam aku.



Dah macam kereta YB lah kereta Wak Taib ni.



Upacara memotong kek sebagai simbolik bagi pengantin baru.



Sebahagian rombongan dari Sungai Penchala.



Ahli keluarga pengantin.



Rombongan dari Sg. Penchala bersama rombongan dari Bangi.



Yang ni sama seperti di atas tapi lebih kepada mengontrol keayuan dan kehenseman.



Selamat Pengantin baru untuk kedua-dua mempelai, semoga kekal hingga ke akhir hayat.
Mintak maaf jika ada kekurangan atau ketidak kepakaran official photoghapher.
Terima kasih kerana memberi kerjasama untuk berposing2, tidak lupa juga kepada
mak andam dan seluruh ahli keluarga Wak Taib.
Komennn..jangan tak komennn....

Respond:
Dah tambah lagi satu gambar reramai ngan orang2 Bangi.
Tokfen, aku sebenarnya tak berapa minat nak amik gambar kawin ni. Tu yang tak pandai main angle.
Anyway tq for ur comment. Aku tahu ko ni memang otai yang pro amik gambar kawin...
Pasal laptop..ada nanti aku bagitahu.

alang, nak tengok gambar yg lain ramai2 dgn family bangi tu? ada snap 3 kali kan? yg ada ni, muka semua terlindung Thu 5-Nov-2009 14:57
Posted by:mak ngah
cantik... semua control cun Tue 10-Nov-2009 12:31
Posted by:mak ngah
bagus ko amik gambar....tapi kena belajar cari angle yg potrait...banyakkan close up ...kalau flash xde, zoom in je gambar x pecah cahaya.,belajar main manual baru real......eheheee!!!!
ada notebook bagitau aku...ehheheee...!!!
Sun 20-Dec-2009 12:30
Posted by:latokfen
View all 4 comments Add comment


Monday, 5-Oct-2009 02:08 Email | Share | | Bookmark
Pertunjukan Udara Skn ke 11 (TUDM) dan Thunderbirds (USAF)

Thunderbirds USAF at Subang
Nak tahu kenapa bunyi jet pejuang yang memekak kat area Subang, Damansara & Shah Alam 2-3 hari lepas? Ni sebabnya kenapa....


Memang ramai pengunjung datang nak tengok aksi Thunder Birds bersama TUDM.



Perghh...fotografer ni siap bawak tangga, takde susah2 nak berasak2 dengan orang ramai.



Bukan senang nak dapat peluang tengok aksi macam ni.



Bagaikan sekawan burung tengah berterbangan.



Jet yang sebijik tu menciluk kat tengah2 4 bijik jet tu. Cukup mendebarkan..



Corak yang berwarna-warni terbentuk, nak patah tengkuk dibuatnya asik mendongak jer..



Terbang secara terbalik! Rendah pulak tu..ngeri tengok. Aku main kapal terbang kawalan jauh pun tak berani buat macam ni.



Nampak dah macam sama paras ketinggian dengan aku.



Asap yang dikeluarkan sebaik sahaja selamat mendarat. Tak pasti kenapa.



Segak & bergaya. Anggota TUDM & PASKAU.



Salah seorang pilot jet F-16 itu.



Pasukan mereka dikawal ketat oleh anggota PASKAU.



Antara gelagat fotografer.
Sebelum ni aku menembak solo..boring plak, tapi time ni bawak anak kasi dia pakai Sony Camcorder.


Respond:
Ilham, aku pakai zoom lens 70-300mm G jer. Itulah lens Nikon yang paling murah!

Mesti menarik ni kat sana tu kan. . .


http://rnzphoto.fotopages.com
Tue 20-Oct-2009 08:26
Posted by:RnZ Photo JB  - [Link]
waaaaa.. sonok ler.. napa tak pelawa2 ayam? Wed 21-Oct-2009 05:58
Posted by:LITTLESTARS STUDIO PHOTOGRAPHY  - [Link]
Ajam... ko guna lens zoom mana satu ni ekk? Mmg clear lar gambar jet 4 bijik tuhh.. Sun 29-Nov-2009 07:46
Posted by:ilham
View all 4 comments Add comment


Monday, 15-Jun-2009 10:20 Email | Share | | Bookmark
TRIP KE PULAU LANG TENGAH, TERENGGANU 26,27 & 28 JUNE 2009

Dengan setibanya di pulau tu nanti, maka habislah seluruh pulau2 yang ada kat Terengganu aku redah, termasuklah Pulau Wan Man..

Ketika itu juga aku akan menguji kemampuan CPL yang baru dibeli tapi cap ayam jer yang berharga RM50.



Antara yang turut serta, ada lagi yang lain yang telah ketinggalan bot.


Melompat kegembiraan setelah kepenatan & mabuk laut.


Lerrrr.. macam tak penah pegi pulau....


Dengan menggunakan CPL filter, langit terserlah kebiruannya..








Dengan menggunakan CPL filter juga, imej dalam air akan kelihatan.




Anak Nemo yang ditangkap semasa snorkelling untuk tontonan seketika & dilepaskan semula ke habitat asalnya.





Jeti Merang


Macamana ler dia ikat durian tu yer... Memang pakar durian ni...





bro...selamat hari raya....maaf zahir dan batin. Wed 16-Sep-2009 08:57
Posted by:yaR-t  - [Link]
assalamualaikum ...
dengan rasa rendah diri, saya ingin mengucapkan salam aidilfitri ...
semoga aidilfitri kali ini membawa seribu keberkatan dariNya ...
Insyallah
Fri 18-Sep-2009 08:25
Posted by:FarEast  - [Link]
JEMPUTAN MAJLIS RUMAH TERBUKA LITTLESTARS STUDIO PHOTOGRAPHY

Dengan penuh kesyukuran kami ingin menjemput Tuan/Puan sekeluarga hadir kemajlis rumah terbuka kami
pada hari Ahad 11Okt2009 Bersamaan 21 Syawal 1430h
bertempat di No 58,Jalan BSE 4/22,Bandar Seri Ehsan,42700 Banting Selangor..

Aturcara Majlis : 2pm - 7pm
Tue 6-Oct-2009 14:07
Posted by:LITTLESTARS STUDIO PHOTOGRAPHY  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Thursday, 28-May-2009 04:49 Email | Share | | Bookmark
Kena Jadi Official Wedding Photographer

Hujung minggu depan cuti sekolah dah bermula, maka banyaklah majlis2 kahwin
Aku dikehendaki mengambil satu majlis kahwin, kira aku oficial photograferlah time tu.
Entah macamanalah yer...tak reti aku nak amik gambar kawin...belasah jerrrrr
Terus terang aku tak suka amik gambar orang kawin atau pun model
Korang tengok jer lah nanti gambarnyer yer..
Official kat rumah pengantin lelaki jer..Sebabnya...adik ipar kawin daa....

Pengantin lelaki: Saiful Amri Mustafa
Pengantin perempuan: Nur Izzati Aznan


New update 12/6/09
KG. BANGGOL, KOTA BAHRU 5hb JUN 2009 (Rumah pengantin perempuan)


Dinikah oleh bapa pengantin perempuan. Pengantin memang cool jer..



Entah berapa dulang aku pun tak perasan.



Antara tetamu yang dah mula tiba.



Kalau di KL pengantin berarak jalan macam pengantin, tapi masa tu aku tengok laju jer.
Memang style area pantai timur camtu yer? Silap2 photographer boleh kene langgar.



Ni time menyarung cincin.



Di rumah pengantin perempuan aku photografer yang menyelit jer. Celah2 tangan lagi tu...




Semua posing2 dirumah pengantin perempuan diarah oleh photographernya.


FELDA CHALUK BARAT, SETIU 7hb JUN 2009 (Rumah pengantin lelaki)


Pagi tu tetamu nak datang, pagi tu masak lauk, pagi tu potong daging & pagi tu tu jugak daging lembu sampai. Huhh...cepat betul keje diorang. Gambar diambil pukul 8.47am!



Ni bukan berlakun haa...ni memang betul2 candid. Wedding photographer memang kene cargas.



Pakaian pengantin yang merah menyala menambahkan lagi suasana panas.



Semasa berarak kerumah pengantin masih sempat bersalam-salaman dengan tetamu.




Aku memang tak reti nak suruh posing2 ni, ada antaranya aku suruh pengantin posing ikut suka diorang..Huahaha..Apa laaa...



Ishhh..budak ni..nak basuh cawan ker basuh kaki?



Orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga air minuman.



Orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga lauk-pauk.
Bukan acara tarik tali haa..


To pengantin: Selamat pengantin baru, semoga kekal selama. Sorry jika ada apa2 yang
kurang memuaskan. Outdoor shoot pun tak dapat nak buat sebab haritu tu cuaca panas photographer terus mamai. .Ni lah antara sebab utama kenapa AKU TAK BOLEH JADI WEDDING PHOTOGRAPHER. .. CUKUPLAH SEKADAR HOBI SAHAJA..


*G.R.E.A.T W.O.R.K*
Bukan nak kata lah abg Ajam....tp gambor yang di amik mampu berbicara...walau tanpa madah N tanpa suara. Ibarat Da Vinci yang ilhamkan La Gioconda...hingga kini La Gioconda ditafsir sejuta makna....

Great Photos...ada nilai estetika....especially gambor pengantin perempuan yang di shoot dicelah tangan photographer lain tu hehehe...Nice shoot wooo...mcm goal shoot Roberto Carlos ajer

Org kata mula langkah pertama...pasti ada langkah kedua....teori dah ada...praktikalnya pun udah...then....pasti akan ada undangan kedua....ketiga..( Mok U ngan Fahmi belum kawin daa....) then seterusnya diikuti oleh undangan anak-anak sedara yang jua bakal jadi pengantin....never ending story hehehe..

Mon 15-Jun-2009 19:39
Posted by:NINERS W2ZAZ
haaaaa...saper kata bro Ajam tak pandai amik gambar...nie kan dah terbukti gambar semua cantik cantik malah lebih cantik dari gambar gambar yg saya shoot..almaklumlaaa Otai...hehehehehehe jgn mare....kalau do komersialkan mesti menarik nie...bila lagi nak cari duit lebih.....bravolaaa.... Fri 19-Jun-2009 09:04
Posted by:wannsscfs  - [Link]
tolong ajar sket mcm mana nak dapatkan suasana langit kebiru biruan.....selalu try tak dapatlaaa....hehehehehe saya budak baru belajar jgn mareee haaaa...... Thu 2-Jul-2009 08:26
Posted by:wannsscfs  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Monday, 4-May-2009 06:47 Email | Share | | Bookmark
Paragliding Accuracy World Cup Jugra 2009

1 Mei memandangkan hari cuti, time petang aku pun ke Buki Jugra dari Bagan Lalang.
Tak ler jauh sangat, dalam setengah jam jer.
Petang tu adalah hari perasmian untuk pertadingan ni, oleh itu tiada gambar paragliding, yang ni paramotor.


Lokasi rumah api yang terletak di puncak Bukit Jugra ini merupakan tempat yang sangat sesuai untuk sukan udara ini. Angin dari Laut Selat Melaka, bukit yang cukup tinggi dan pemandangan yang cantik mungkin faktor utama mengala tempat ini dipilih.


Paramotor lebih merempit dari paragliding


Bebetul kat atas kepala aku, nak terkehel leher aku


Macam gayat jer..


Antara photog yang menembak.


Kapal ni tak dapat diterbangkan memandangkan angin pada masa tu agak kuat


Ni bukan terhempas, tapi helikopter kawalan jauh memang boleh buat macam ni.


Kapal terbang kawalan jauh juga ada sebagai pertunjukkan sampingan.




If you're in a not good position and have no money to get out from that point, you will require to take the personal loans. Just because that should help you for sure. I get term loan every year and feel fine just because of that. Thu 8-Mar-2012 15:41
Posted by:loan  - [Link]
Add comment


Monday, 12-Jan-2009 10:20 Email | Share | | Bookmark
Wedding Photo Shoot Bersama Krull Di Pantai Bagan Lalang 10/1/09

Seperti biasa, aku suka menyelit2 disebelah official photographer, kali ini bersama Krull yang mendapat job untuk photo wedding di Kg Ulu Chuchoh, Sungai Pelek, Sepang.
Kira pelik jugak la sebab tak sangka lokasi job dia kali ini adalah tempat aku selalu lepak ketika time2 boring kat rumah.
Memandangkan aku dah biasa sangat dengan tempat ni, aku pun tolong memberi info pasal lokasi serta sedikit bantuan bagi memudahkan Krull menjalankan jobnya.

Gambar hasil dari bukan wedding photografer..belasah jer ler..
















Disebalik tabir








Kepada pasangan pengantin: Selamat Pengantin Baru, semoga kekal selamanya.

Kepada Krull & Wati: Terima kasih sebab belanja melantak seafood malam tu.

Moral of the story: Peliharalah pokok-pokok bakau demi alam sekitar.




bila nak update ni.... Thu 19-Feb-2009 09:43
Posted by:Littlestars Studio  - [Link]
Salam sahabatku
Dah lama kita tak mengopi / mengeteh
Bulan mac ni kalau hujung minggu ada wedding job
Kalau di hari2 biasa boleh je kita jumpa.
Takpun april nanti, abg free. DOD ( http://dilabangi.fotopages.com/ ) plan nak buat outing ke zoo atau taman burung / taman rama2. Masih dalam planning. Jom arr join
Wed 18-Mar-2009 17:14
Posted by:meorjay  - [Link]
bila nak update ni??? Tue 7-Apr-2009 17:45
Posted by:LITTLESTARS  - [Link]
View all 13 comments Add comment


Thursday, 8-Jan-2009 13:00 Email | Share | | Bookmark
Apa itu GPS? Apa pulak kena-mengena GPS dengan fotografi?

GPS adalah satu alat yang boleh mengukur kedudukan lokasi dengan berpandukan beberapa satelit.
Setiap lokasi di muka bumi ini mempunyai angka kordinatnya sendiri.
Contohnya: N 03 09.614' E 101 37.451' (lokasi tempat kadang2 saya melepak sampai tengah malam)


Dengan bantuan alat GPS pada PDA ini, perjalanan menjadi mudah, cepat dan tak tersesat.
Ia bukan sahaja memberi tunjuk arah jalan malahan mampu memberi arahan
bersuara.

Beberapa model kamera yang terkini mempunyai alat penerima GPS yang
terbina di dalam.
Data di dalam setiap gambar mempunyai maklumat angka kordinat
yang memberitahu lokasi di mana sesebuah gambar itu diambil.



jgn lama2 daa....ni tengah nganga molot ni naktahu sgt kaitan GPS ni ngan fotografi Fri 9-Jan-2009 01:17
Posted by:zainzubir  - [Link]
Add comment


Wednesday, 26-Nov-2008 15:31 Email | Share | | Bookmark
ANAKKU

Nur Adibah Marissa kini berusia 4 bulan



Dah nampak tanda2 minat kamera, seperti kakak2nya jugak.



Jelingan



Belajar pegang botol susu dari usia 3 bulan



Kehalusan kulit bayi



Dimatanya ada aku

AMARAN: Jangan sesekali buat direct flash pada bayi dan kanak-kanak kecuali pada jarak yang sesuai!


cute nye dia...... tahniah

singgah le ke blog saya lak
Tue 30-Dec-2008 10:08
Posted by:shahrulmedia.blogspot.com
dah lama tak update ni bang. bizi ke. hepi new year btw. Wed 7-Jan-2009 03:44
Posted by:cak cicadalogy  - [Link]
gambar mata yang cun...siap 2 dalam satu....cuba tegok betul2.... Fri 16-Jan-2009 08:52
Posted by:shayfinaz kamis
View all 12 comments Add comment


Friday, 7-Nov-2008 09:57 Email | Share | | Bookmark
Dikala Mengejar Sunset







Agak pelik jugak kalau FP ni tak menceritakan mengenai apa yang digambarkan.
Sebenarnya lokasi ni di pantai Bagan Lalang diwaktu matahari terbenam.
Tuan empunya diri ni adalah Rozman & family, datang ke rumah saya yang tak jauh dari lokasi.
Time tu memang tak terkejar matahari, cepat betul matahari terbenam.
Matahari nampak seolah2 mencecah air hanya bebarapa saat sahaja.

It sounds really amazing.<a href="http://www.chinabulksite.com/">retro jordans</a> i'm so luky.<a href="http://www.chinabulksite.com/">jordans shoes</a> Thanks for letting me know. Sat 11-Feb-2012 08:42
Posted by:wholesale jordan shoes  - [Link]
Good article.<a href="http://www.wholesaleexport.net/">discount clothes</a>I like your article very much, support you,<a href="http://www.wholesaleexport.net/">clothes wholesale</a> hope to hear from you next time soon. Sat 11-Feb-2012 08:46
Posted by:wholesale designer clothes  - [Link]
I like this post very much.<a href="http://www.withthesale.com/">designer clothes online</a> it looks so well. <a href="http://www.withthesale.com/">designer clothes outlet</a>and i am liking here. Sat 11-Feb-2012 08:49
Posted by:wholesale designer clothing  - [Link]
View all 9 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web02.fp.pidgintech.com